MAJLIS TRANSISI TAHUN 1 SESI 2016
SK BANGSAR
Tarikh : 31 Disember 2016
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Bestari, SK Bangsar
MASA
|
CUE
|
PENGUMUMAN
|
CATATAN
|
7.30 pagi
|
PENGUMUMAN
|
Semua ibu bapa diminta untuk ke meja pendaftaran bagi sesi
pendaftaran nama anak-anak anda.
|
|
7.45 pagi
|
HADIRIN MENGAMBIL TEMPAT DI DEWAN
|
Majlis mempersilakan Yang Dihormati Puan Noriah bt Hj Ismail,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar, Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, guru-guru penolong kanan, para ibu bapa dan
murid-murid Tahun 1 untuk mengambil tempat di dalam Dewan Bestari.
|
|
7.50 pagi
|
UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS
|
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.
Yang Dihormati, En. Mohd Effendi bin Dollah, Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Bangsar,
Yang Berusaha, Puan Noriah bt Hj Ismail, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bangsar,
Yang Dihormati, Puan Siti Maziah bt Malik, GPK Tadbir dan
Kurikulum, Puan Norsyafina bt Yasak, GPK HEM, Puan Norsilah bt Dali, GPK
Kokurikulum, Pn Tanma Rajasegaran, Penyelia Petang,
Yang Dihormati, barisan pendidik Sekolah Kebangsaan Bangsar,
Para ibu bapa,
Dan murid-murid Tahun 1.
PERGI BERHUMA
DI TANJUNG ROKAN,
SEBELUM PULANG MENGAIL IKAN; KEHADIRAN TUAN-PUAN KAMI ALUKAN, KECIL TELAPAK TANGAN NYIRU KAMI TADAHKAN.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana kita
diberikan kekuatan dan kesempatan untuk berhimpun dalam Majlis Transisi Tahun
1 SK Bangsar bagi sesi tahun 2016.
Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan,
ibu bapa, dan murid-murid ke majlis pada hari ini. Program Transisi Murid
Tahun 1 bertujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan dari
pendidikan tidak formal di tabika atau prasekolah ke pendidikan formal di
Tahun Satu sekolah rendah. Dengan terlaksananya program ini, murid-murid
diharap dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan
kawan-kawan baharu dalam masa yang singkat.
|
|
BACAAN DOA
|
KALAU PERGI KETANJUNG
KERAMAT,
ANAK MANIS JANGAN DIANGKAT; BERSAMA KITA MEMOHON RAHMAT, MOGA MAJLIS MENDAPAT BERKAT.
Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis
menjemput al fadhil Ustaz Mohd Sabri
bin Che Bedolah untuk membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan
-----------------------------
bacaan doa -------------------------
Amin amin ya rabbal alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Ustaz Mohd Sabri bin Che Bedolah atas
bacaan doa itu tadi.
|
||
8.00 pagi
|
UCAPAN GURU BESAR SK BANGSAR (Pn
Noriah bt Ismail)
UCAPAN GPK TADBIR DAN KURIKULUM (Pn Siti Maziah Bt Malik) UCAPAN GPK HEM (Pn Norshafina Bt Yasak) UCAPAN PENYELARAS (Pn Siti Noor Afiqah Bt Mohd Ghawi) UCAPAN YDP PIBG (En. Mohd Effendi bin Dollah) |
BUKAN RUMPUT SEBARANG
RUMPUT,
RUMPUT PENGHIAS TEPI HALAMAN; BUKAN JEMPUT SEBARANG JEMPUT, JEMPUT MEMOHON KATA ALUAN.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha Puan Noriah bt Ismail selaku Guru Besar SK Bangsar untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada Puan Guru Besar atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan menjemput Yang dihormati Puan Siti Maziah bt Malik,
GPK Tadbir dan Kurikulum SK Bangsar untuk menyampaikan taklimat akademik.
Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada Puan Siti Maziah bt Malik atas penyampaian taklimat akademik sebentar tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang
saya hormati,
Majlis diteruskan lagi dengan
menjemput Yang dihormati Puan
Norshafina bt Yasak, GPK Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan taklimat pengurusan hal ehwal murid dan peraturan-peraturan. Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada Puan Norshafina bt Yasak atas taklimat yang disampaikan.
Hadirin yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita
mendengar pula ucapan daripada guru penyelaras Program Transisi Tahun 1 SK
Bangsar bagi sesi 2016. Untuk itu, majlis menjemput Puan Siti Noor Afiqah bt Mohd Ghawi untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada Puan Siti Noor Afiqah atas ucapan sebentar tadi.
PERGI KE KOTA MEMBELI SELASIH,
SAYANG SI DARA SENYUM TERTAWA;
KATA AZIMAT SIMPULAN KASIH,
SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA.
Untuk tidak melengahkan masa,
majlis menjemput Yang Dihormati Encik
Mohd Effendi bin Dollah selaku Yang
Dipertua PIBG SK Bangsar untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Mohd Effendi bin Dollah atas ucapan
sebentar tadi.
|
|
10.00 pagi
|
PENUTUP
|
KERJASAMA TUAN PUAN SANGAT DIHARGAI,
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI;
KENANGAN NAN INDAH SIMPANLAH DI HATI,
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI.
MERDU BERTINGKAH ALUNAN SUARA,
KADANG TAK SEDAR TERSILAP KATA;
ANDAI TERLANJUR PATAH BICARA,
SERENDAH HATI KEMAAFAN DIPINTA.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Program Transisi Tahun 1, para ibu
bapa dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi
menjayakan majlis ini.
Hadirin dipersilakan ke kantin untuk sarapan pagi sebelum ke
acara seterusnya iaitu sesi pendaftaran murid di kelas yang akan bermula pada
pukul 10.30 pagi.
|