Thursday 31 December 2015

TEKS PENGACARA MAJLIS TRANSISI TAHUN 1 SESI 2016 SK BANGSAR

TEKS PENGACARA MAJLIS 

MAJLIS TRANSISI TAHUN 1 SESI 2016
SK BANGSAR

Tarikh : 31 Disember 2016 
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Bestari, SK Bangsar 


MASA
CUE
PENGUMUMAN                 
CATATAN
7.30 pagi
PENGUMUMAN
Semua ibu bapa diminta untuk ke meja pendaftaran bagi sesi pendaftaran nama anak-anak anda.


7.45 pagi
HADIRIN MENGAMBIL TEMPAT DI DEWAN
Majlis mempersilakan Yang Dihormati Puan Noriah bt Hj Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar, Ahli-ahli jawatankuasa PIBG,  guru-guru penolong kanan, para ibu bapa dan murid-murid Tahun 1 untuk mengambil tempat di dalam Dewan Bestari.


7.50 pagi
UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Yang Dihormati, En. Mohd Effendi bin Dollah, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bangsar,

Yang Berusaha, Puan Noriah bt Hj Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar,

Yang Dihormati, Puan Siti Maziah bt Malik, GPK Tadbir dan Kurikulum, Puan Norsyafina bt Yasak, GPK HEM, Puan Norsilah bt Dali, GPK Kokurikulum, Pn Tanma Rajasegaran, Penyelia Petang,

Yang Dihormati, barisan pendidik Sekolah Kebangsaan Bangsar,
Para ibu bapa,
Dan  murid-murid Tahun 1.

PERGI BERHUMA DI TANJUNG ROKAN,
SEBELUM PULANG MENGAIL IKAN;
KEHADIRAN TUAN-PUAN KAMI ALUKAN,
KECIL TELAPAK TANGAN NYIRU KAMI TADAHKAN.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana kita diberikan kekuatan dan kesempatan untuk berhimpun dalam Majlis Transisi Tahun 1 SK Bangsar  bagi sesi tahun 2016.

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan, ibu bapa, dan murid-murid ke majlis pada hari ini. Program Transisi Murid Tahun 1 bertujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan dari pendidikan tidak formal di tabika atau prasekolah ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dengan terlaksananya program ini, murid-murid diharap dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan kawan-kawan baharu dalam masa yang singkat.






BACAAN DOA
KALAU PERGI KETANJUNG KERAMAT,
ANAK MANIS JANGAN DIANGKAT;
BERSAMA KITA MEMOHON RAHMAT,
MOGA MAJLIS MENDAPAT BERKAT.

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput al fadhil Ustaz Mohd Sabri bin Che Bedolah untuk membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
           ----------------------------- bacaan doa -------------------------

Amin amin ya rabbal alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada  Ustaz Mohd Sabri bin Che Bedolah atas bacaan doa itu tadi.


8.00 pagi

UCAPAN GURU BESAR SK BANGSAR (Pn Noriah bt Ismail)









UCAPAN GPK TADBIR DAN KURIKULUM (Pn Siti Maziah Bt Malik)




UCAPAN GPK HEM (Pn Norshafina Bt Yasak)








UCAPAN PENYELARAS (Pn Siti Noor Afiqah Bt Mohd Ghawi)










UCAPAN YDP PIBG (En. Mohd Effendi bin Dollah)
BUKAN RUMPUT SEBARANG RUMPUT,
RUMPUT PENGHIAS TEPI HALAMAN;
BUKAN JEMPUT SEBARANG JEMPUT,
JEMPUT MEMOHON KATA ALUAN.

 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Noriah bt Ismail selaku Guru Besar SK Bangsar untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.


Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan menjemput Yang dihormati Puan Siti Maziah bt Malik, GPK Tadbir dan Kurikulum SK Bangsar untuk menyampaikan taklimat akademik. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Siti Maziah bt Malik atas penyampaian taklimat akademik sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang dihormati Puan Norshafina bt Yasak, GPK Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan taklimat pengurusan hal ehwal murid dan peraturan-peraturan. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Norshafina bt Yasak atas taklimat yang disampaikan.

Hadirin yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita mendengar pula ucapan daripada guru penyelaras Program Transisi Tahun 1 SK Bangsar bagi sesi 2016. Untuk itu, majlis menjemput Puan Siti Noor Afiqah bt Mohd Ghawi untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Siti Noor Afiqah atas ucapan sebentar tadi.

PERGI KE KOTA MEMBELI SELASIH,
SAYANG SI DARA SENYUM TERTAWA;
KATA AZIMAT SIMPULAN KASIH,
SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA.

Untuk tidak melengahkan masa, majlis menjemput Yang Dihormati Encik Mohd Effendi bin Dollah selaku Yang Dipertua PIBG SK Bangsar untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Mohd Effendi bin Dollah atas ucapan sebentar tadi.



10.00 pagi
PENUTUP
KERJASAMA TUAN PUAN SANGAT DIHARGAI,
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI;
KENANGAN NAN INDAH SIMPANLAH DI HATI,
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI.

MERDU BERTINGKAH ALUNAN SUARA,
KADANG TAK SEDAR TERSILAP KATA;
ANDAI TERLANJUR PATAH BICARA,
SERENDAH HATI KEMAAFAN DIPINTA.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Program Transisi Tahun 1, para ibu bapa dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Hadirin dipersilakan ke kantin untuk sarapan pagi sebelum ke acara seterusnya iaitu sesi pendaftaran murid di kelas yang akan bermula pada pukul 10.30 pagi.







Monday 28 December 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2016!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Wah, nampaknya sesi persekolahan akan bermula tak lama lagi.. Semua murid akan menjalani sesi pembelajaran pada hari Isnin, 4 Januari 2016...

Semoga tahun 2016 akan membawa semangat yang tinggi kepada semua murid, terutama murid-murid SK Bangsar. Tanamkan azam untuk lebih berjaya dan cemerlang dalam akademik mahupun kokurikulum. "Barangsiapa yag berusaha, dia akan berjaya".

Selamat Kembali ke Sekolah! :) 


Monday 31 August 2015

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA 58 TAHUN.. #sehatisejiwa

PADA TAHUN 2015, RAKYAT MALAYSIA TELAH MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE-58 TAHUN.. TEMA YANG DIPILIH PADA TAHUN INI IALAH SEHATI SEJIWA.. LOKASI SAMBUTAN DI DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR.


Pelbagai sektor termasuk sektor kerajaan dan sektor swasta yang terlibat dalam perarakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2015..

Pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berarak dengan aset mereka

Kontinjen Bomba dan Penyelamat Malaysia

Kontinjen sektor swasta bahagian komunikasi iaitu pasukan Celcom

Kontinjen animasi 'Didi'

Kontinjen animasi 'Upin Ipin'


Pasukan pengawal istana (pengawal berkuda)

Perarakan kontinjen animasi 'Upin Ipin'

Perarakan Unit Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Pancaragam PDRM

Persembahan dari udara

Aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM)


Pasukan NAVY



Perarakan kontinjen animasi iaitu 

Barisan polis trafik berarak

Perarakan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)


Perarakan masuk helikopter yang membawa bendera-bendera negara Malaysia dan negara-negara lain.