Wednesday 15 July 2015

HARI RAYA AIDILFITRI 2015


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. SALAM KOSONG-KOSONG.. :) 


Monday 6 July 2015

BURUJ


Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.
(Surah Al-An'aam> Ayat 97) 

Buruj Pari (Crux) menggambarkan palang dan bintang di hujung palang sentiasa menunjukkan ke arah selatan.
Buruj ini akan berada di tengah meridian langit selatan pada waktu maghrib di antara bulan Mei dan Jun.

Buruj Skorpio menggambarkan seekor kala jengking. Buruj ini kelihatan di antara bulan Jun hingga Ogos di bahagian timur. Buruj ini kelihatan seperti huruf J yang terbaring. Bintang yang terang yang terdapat di buruj ini ialah bintang antares.

Buruj Belantik menyerupai seorang pemburu dengan bintang di kepala menunjukkan arah utara. Di Malaysia pada waktu Maghrib di antara bulan Disember dan Mac, buruj ini kelihatan (Al-Babadur/ Orion). Buruj ini digunakan oleh nelayan di Pantai Timur Malaysia sebagai panduan untuk kembali semula ke daratan

Buruj Biduk berbentuk senduk dengan dua bintang di hujung menunjuk ke arah utara. Buruj Biduk berada di langit Malaysia pada waktu tengah malam bulan Julai hingga Disember setiap tahun